Pages

Monday, 18 February 2013

Short Trip to Cameron Highland Part II

hari kedua aku dan family ada di cameron.. disebabkan hotel ada berikan 6 breakfast voucher n kami berlapan.. aku berikan je voucher tu pada mak opah dan adik2 aku je.. aku dan suami byr asing..hihi.. menu breakfast di Rosa Passadena ni boleh la tahan.. walaupun xda banyak sangat pilihan seperti hotel-hotel 5 star ..hehe.. kitorang turun dalam pukul 8 macam tu.. sampai pukul 10..melepak je kat bawah tu.. 


si penyibuk ni pon nak breakfast juge.. hehe.. cuaca pagi ni memang sejuk... sampai berglove la dia

selesai breakfast kami semua bersiap2 untuk check out awl.. senang untuk kami melawat ke tempat lain yang xsempat kami lawati semalam.. selesai je check out.. kami plan nak ke pasar di berichang sebab opah masih nak beli teh n sayur2 lagi.. tapi malangnya cuaca hujan dan keadaan trafic agak sesak sebab polis menghalang pemandu-pemandu yang nak parking di tepi pasar tu..

parking dikawasan tu punyalah payah nak cari.. dengan sesaknya.. sudahnya mr.hubby turunkan opah dan mak dahulu sementara dia mencari parking.. hujan semakin lebat dan aku rasa xsesuai nak bawak khalish.. takot demam pulak dia nanti.. soo kami tunggu dalam kereta jeeelah nampaknya..  

dah settle di pasar.. kami terus plan nak ke gunung berinchang.. jalan untuk naik ke berinchang sangatlahh sempit dan muat2 untuk sebijik kereta sahaja...so sape yang pernah naik atas tu tahulah macam mana keadaan jalannya.. malangnya kami xnaik sampai atas..sebab keadaan hujan dan agak merbahaya.. smpai separuh jalan pon xpe lah...hehe janji merasaaa...

di bawah ni adalah beberapa keping gambar yang sempat aku ambik... sebelum kami balik ke sungai siput..




Tenang sangat2 kat atas ni.. rasa macam xnak balik...udara yang segar...

selesai disini kami pon dah xda nak kemana-mana terus balik je... terpaksa balik awal sebab selepas hantar mak balik ke rumah kami terpaksa bergerak balik ke kuala lumpur pulak...

sehingga bertemu lagi cameron Highland.. saya memang suggestkan pada sesiapa yang inginkan ketenangan bolehlah ke sini.. especially pada pasangan yang honeymoon.. heheh :)

No comments: