Pages

Monday, 18 February 2013

Short Trip to Cameron Highland




Rajin pulak aku nak bercerita sekarang ni..maklumlah jakun tu tak hilang lagi..hihiih.. masa awal bulan 2 itu hari...aku dan en.hubby mmg sudah plan nak balik kampong..maklumlah selpas hari arwah abah meninggal itu hr xbalik2 ke kampung lagi disebabkan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan dahulu... mak pon banyak kali telefon tanya bila nak balik..rindu pada cucunya le tu.. Pada yang tahu.. ye I AM OFFICIALY MUMMY!..hehehe.. dah 8 bulan pon umur anak bujang aku tu... di beri nama Muhammad Khalish Rayqal b. Rhaimie.. pendek je kan nama bapak dia.. 


Inilah budak bujang mummy.. papa panggil dia hensem..hensem la konon..

eh..dah meleret2 ke tempat lain pulak..sambung balik cerita tadi... disebabkan opah dah rindu bebeno kat cucu..kami suami isteri pon segera pulang bawak cucu kesayangan opahnya... gerak balik hari jumaat.. kebetulan jumaat tu cuti hari wilayah.. laki aku yang keje selangor pon diperintah bercuti oleh si isteri..hehhe..  dah balik kampung.. perasaan sedih masih ada... teringat arwah abah.. lain suasana bila abah xda.. mak pon dah xmcm dulu.. muka mak sugul je.. tapi aku tahu mak paksa diri untuk senyum juga... 

keesokan harinya..sabtu..aku dan suami mmg berniat nak bawak mak jalan2.. untuk tenangkan fikiran.. xplan lansung nak ke cameron.. tanpa fikir panjang.. bawak je mak ke cameron.. call adik2 aku dan sepupu nak tak ikot.. kalau sepupu aku pg boleh lah opah ikot skali..maklum lah..persona aku tuh mana lah muat nak angkut ramai2.. sekali dia on je... pukul 12 lebh gerak dari kampung... rumah aku ke cameron highland xjauh sgt... dalam 1 jam setengah dah sampai.. pada mulanya aku mmg xplan nak tido sana..tapi memikirkan bwk ramai2 ni..xkan nk rushing2 balik..kami pon buat plan redahhh je.. ada hotel ada la..xda lantak...hahahha..

mula2 sampai pitam nak cari kedai makan.. maklum lah..aku ni ingat2 lupa nak makan kat mana..dulu pg masa sekolah..kira ni first time aku pegi selepas waktu sekolah.last2 kami makan kat gerai mamak je... nama kedai pon aku dah lupa... xsempat nak tangkap gambor...sebabnya semua kelaparan..ye la..keluar rumah pon xmkan apa2... punya excited...

Inilah kawasan kedai makan kami..aku google je...hihi..

lepas makan.. masa tuh dah pukul 4 petang... kebyakan ladang dah tutup.. aku pon pening xtau nak bawak mak n rakyat lain ke mana... maklumlah plan redahhh je... last2.. ada satu kedai tepi jalan yang agak femesss  jugak la... sebab masa aku sekolah2 dulu... kedai ni yang paling ramai orang datang... heheh... mak aku n opah aku mmg gemor pokok2 ni..ate nya..berjam2 la lamanya deme smua kat dalam kedai ni.. kami yang lain apa lagi..ambik kesempatan bergambor je le.. sambil mencuci mata.


Hebat sangat anak mummy. takdak baju sejuk..sebab mmg panas sangat keadaan skrg ni..cameron xmcm dulu... rasa menitik peluh lagi ada..


inilah wajah-wajah kesayangan hamba... dari kiri: mak.kak ngah..adik bongsu..my luvly cousin tira n last sekali opah aku yang paling comel... hihihih..



tengok lah mat sengeh ni.


selesai sudah episod di kedai pokok ni... aku dan suami sibuk pulak mencari hotel pulak..kesian lak diorg datang penat2 xkan satu kedai je... masa kami datang dari arah berinchang ke tanah rata aku ada perasan satu hotel nama Green Garden hotel.. aku pon google la contact number then call la hotel tu untuk tanya bilik.. nasib ada bilik untuk 6-8 orang.. dengan hrga rm 220 satu malam.. bagi aku sangat lah ok....

then kami semua pon bergerak la ke hotel tu.. kesilapan besorrrr yang aku buat ialah.. xnk check bilik dulu sebelum bayor... part ni adalah part yang paling aku xleh lupa sekali.. dah selesai bayorr hrga bilik aku pon balik ke kereta bagitau encik hubby suruh parking then bawak barang.. msa ni anak aku dah mengamok..sebab cuaca cameron masa tu sangat panas dan berpeluh2 dia... anak den ni xtahan panas lansung! stresss.. ghupeeenya..bilik tu di tingkat 3.. Ya ALLAH... kesian tengok mak n opah mendaki tangga untuk ke tingkat 3 tuh... okkkk lagikk naik tangga..sampai je kebilik.. aku tengok bukak pintu terus katil dan xda ruang lansung untuk duduk2 kat bawah... toilet pulak luar dari bilik.. :(((((( tak habis dengan tu water hiter takdakkk pulak..air yang mcam ais nak mandikan anak aku..memang dia mengamokkk la...


Inilah hotelnyaaaa... tekanan aku dbuatnya..


PUNYALAHHH STRESSSSS SIKIT MASA NI!!!!

Aku dah xtunggu lama..turun bawah jumpa uncle tu balik then aku mintak dia pulangkan duit aku atas alasan water htter xdak... camna nak mandi.. nasib la uncle tu baik..dia pulangkan balik duit aku.. aku dengan pantas google hotel yang paling dekat n hrga mahal pon aku xkisah dah..sebab kesian dgn smua orang yang kepenatan mendaki tangga tadi... nasibbb la ada hotell berdekatan... ROSA PASSADENA.. aku tengok keadaan hotel pon ok


http://www.cameronhighland.my/HotelRosaPasedena.html

memandangkan kami ada 8 orang..aku ambik bilik yang 3 orang satu bilik dengan harga rm 250 semalam include breakfast.. xkisah dah dengan harga sebab sangat kepenatan ditambah dengan anak bujang den yang meragam... fuhh...lega betol...sampai hotel trus masing2 melandingkan diri... penat... mak pulak ada bawak bekal nasik dari rumah.. senang untuk kami makan malam xpyh cari kedai dah... lokasi hotel ni sangat best sebab berdekatan dengan smua tempat especially pasar malam.. kira inilah lokasi hotel yang strategik bagi aku... hihi.. kedai makan pon dekat tpi ramaiinya la makhluk Allah kat kedai tuh..penuhh!!..

aku cakap pada smua orang..lepas isyak baru kita pegi pasar malam untuk jalan2.. opah dah cakap awl2 nak tido di bilik je.. xlarat nak berjalan... hehe.. agaknya kepenatan mendaki tangga tu xhabis lagi.. 
selepas isyak kami semua keluar berjalan-jalan kat pasar malam.. lokasi hotel ni dengan tapak pasar malam pon xberapa nak jauh..  cuaca masa tu yang teramatlah sejukkk.. mengigil pulak rasanya... khalishh lah manusia paling suka sejuk..diam je dia dalam cuaca sejuk2 tu,.. hehehhe
nasib sempat lah beli topi dan sarung tangan dia.. sebelum ke pasar malam.. so xdalah sejuk sangat hero mama ni..



Suasana pasar malam situ sangat best... dalam cuaca yang sejuk... orang ramai.. so xda lah rasa serabut sangat..  kitorang pon shopping sakan la...especially sayur... boleh dapat 8 pek rm 10... so berpek2 lahhh kami beli.. sampai nak tercabut tangan menjinjing barang.... pasar malam tu rasanya tutup dalam pukul 12.. sebabnya kami pukul 11 lebih bru nak balik ke hotel..


Gambor ni aku google jee.. sebabnya xsempat laa nak menjinjing barang nya lagi.. nak bergambor bagai lagi...

Bawah ni ada beberapa koleksi gambor rakyat2 jelata di dalam bilik hotel... kami semua mmg pantang nampak camera!!.. titittiithiihihih






Selesai sudah episod pertama di cameron highland... laki aku pon dah sampai kat bawah dah... kang membebel 40jam tunggu aku lama.. dah la aku paksa dia ambik jugak hujan2 ni..hehhee... :)


No comments: