Pages

Sunday, 24 February 2013

Hensem Mummy Demam

Last week masa Chinese New Year tuh.. yang cotii panjang tuhh... aku ni xda la plan nak ke mana-mana konon nya en.somi kene kijee... agak frust menongeng jugak la kalau 4 hari coti dok rumah.. then tiba2 dia ckp keje xbanyak then malas nak keje sush nak claim ot katanya... xpe la...
so aku ni dalam otak dah ligat dah.. nak ke mana ni... yang penting tempat tu msti xsesak sangat nak pg maklumlah cuti raya cina.. berjuta2 kenderaan meninggalkan kuala lumpur..
soo tanpa berlengah aku pon decide la nak pergi ke Melaka je.. macam biasa xpayah book hotel ke apa ke.. redaaahh jee.. ada hotel ada laaa.. xda balik kl balik.. pagi tuh anak aku dah suam2 dah badan nye.. kalau orang perak panggil DEDOR! so mummy mcm nak patah hati sikit laa.. ye la semangat jagung ni nak menjongket... tp lepas bagi ubat elok lak badan nya.. then sambung la plan..
selepas packing sikit2 brg yang nak bwk... kami pon teruskan lah niattt tu... tapiiiii masa sampai tol kajang nak ambikk tikett je lagi.. aku pegang badan khalishh panasss gilerrrr.. ishh.. demam sangat ke anak aku ni.. tadi melompat riang.. then pegang badan pon  panasss sangat... apa lagi...terus cakap kat en.somi xjadi abg... pegi klinik terus... 

Day 1 Demam.

Aku terus pegi Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.. Ini adalah feverett klinik aku.. xtau kenapa walau org ramai cmne pon aku tetap suka klinik ni.


Haaa Ni Kliniknya..Orang2 bagi pasti tahuu punya..

Then masa bawak khalish tu time pukul 1 lebih.. doktor check2 mcm tu sja then bagi ubat then terus balik.... 
Dengan muka agak2 monyok sikit maklum le xjadi menjongket kami terus balik rumah..xpe le demi anak mummy.. sampai rumah aku xtunggu lama terus bagi khalish makan ubat dan jelumkan badan dia dengan air smpi suhu bdan dia agak turun... lepas makan ubat tu nampak la perubahan dia.. then bila dia bangun tido.. terus segar dia.. mummy dalam hati leganyaaa..alhamdulillah.. riso jugee ye la xda pengalaman handle anak demam ni sebab ini first time khalish demam..

Petang tu kami memang xda plan ke mana2.. en.somi macam sian kat bininye yg smngat jagung nak bjalan tu.. dia tanya la any plan ke ptg2 ni kot2 nak bjalan dekat2.. aku terus decide ke Ikea je.. macam biasa..mummy sangatlah sukeeee mesoping barang rumah..hihi...

habiss membeli membelah di Ikea..puppp aku rasa badan khalishh panas tahap maximumm!!! ishh.. tanpa berlengah suruh en.somi pecut balik rumah... dalam hati ni rasa bersalah sangat.. ye la mummy ingat hensem dah sembuh.. hurmmm.. :'(.. 



sampai rumah terus tanggalkan baju dan seluar dia biar pakai pempers je..bagi ubat dan jelumkan.. suhu badan sangat2 panas time tu 39'c dahh.. hurmm memandangkan baru bg makan ubat so kami tggu lah sampai ubat tu jalan.. tapi malangnya suhu bdan dia xtrun2.. dan khalish asyik nangis je kami jelumkan dia dengan air tu.. sorry sayang.. terpaksa.. memang xtido malam kami laki bini.. punya risoo apa2 jadi pada dia.. pukul 3 am suhu dia sangat2 tinggi hampir mencecah 40'c. aku xtunggu lama dah..terus ajak laki aku pegi klinik az-zahrah balik.. then sampai je klinik terus doktor masukkan ubat demam yang dimasukkan ke punggung tu dan mandikan dia.. untuk turunkan suhu badan dia.. lepas masuk ubat tu alhamdulillah ada brubahan.. aku pelik..suhu khalish hampir 40'c tp doktor tak tahan pon dia dalam wad lagi.. alasannya demam xsampai 3 hari.. ok xpe la...kami terus balik rumah dan bagi khalish berehat...

Day 2 Demam

Pada hari kedua ni..aku ingat ada la perubahan pda dia.. ye la dah masukkan ubat buntut tu.. rupanya x.. takda perubahan pon pada khalish... then aku ajak lagi en.hubby pg ke klinik az-zahrah AGAIN!. 
kalini doktor tu cakap khalish ada Tonsil..kedua-dua tonsilnya bengkak dan ambik masa kalau nak baik demam... 

Malam tu khalish non stop menangis.. dan dia xtido2..kesian sangat sampaikan aku sekali menangis tengok dia.. risau sangat.. dah masukkan ubat masuk punggung tu tetap tak jalan.. risau tak terkata.. then lepas solat isyak kami fikir nak ikhtiar ke klinik lain.. then aku decide ke klinik Lita Alis di bangi.. Klinik ini antara pilihan2 aku lah kalau sakit... tapi klinik Lita Alis ni sangat2 lambat kalau nak jumpa doktor sebab doktor nya mmg suka explain panjang leborr pada pesakit... actually good la.. tapi kalau dah sorang jumpa 1/2jam xke lebam nak tunggu...Doktor di Klinik Lita Alis mintak aku refer ke mana-mana hospital sebab suhu bdan khalish yang sgt panas.. 


Yang paling panas..aku pergi ke pusat rawatan islam az-zahrah AGAIN dengan surat refer dari doktor.. tapi dengan slumberrr nurse tu kata puan kena tunggu giliran jugaaa sebab ramai patient atau datang esok!!!!.. dalam keadaan anak aku yang sangat2 teruk dia boleh mintak aku beratur lagi.. haihh.. en.hubby dah nak mengamok time tu.. aku tak tunggu lama mintk balik surat refer tadi terus ke Hospital Pakar An-Nur pula.. 

Masa kat An-nur ni.. aku mula2 dah panas dengan muka pmpuan kat register kaunter tu yang xreti nak senyummm seolah2 kau sorang je yang busy. then slps tunggu nurse tu sekali lagi menguji kesabarann aku dengan cakap yang kami tetappp kena tunggu giliran macamm biasa... OK!! INI MENGUJI KESABARAN AKU.. HABIS BUAT APA AKU DATANG KE PRIVATE NI KALAU BUKAN NAK CEPAT PLUS KAU INGAT AKU KE YANGG DEMAM???!! YANG DEMAM NI BAYII!!.
MENGAAUMM Terus aku kat kaunter tu.. aku cakap la.. tahu x badan anak saya ni sangat2 panassss.. kalau apa2 jadi pada dia sape nak bertanggungjawab... LEPAS MENGAUMM TADI BARU LA TERKEDEK2 DATANG NAK CHECK SUHU KHALISH... 40'C! huhh... baru la terkedek2 jugeee nak masuukkan ke emergency... nurse teruss masukkan ubat masuk buntut sekali lagi.. fuhh.. kesian anak mummy... then nurse2 tu mandikan dia dengan AIR SEJUK OK..aku yang sihat ni pegang pon sejuk sangat inikan khalish.. hurmm.. doktor datang check dan terus mintak dia ditahad wad untuk masukkan air.. keadaan dia agak lemah.. sedih sangat mummy tengok hensem..wlaupun kesian tengok doktor ambik darah dia apa smua.. tapi mummy lega sebab mummy tahu hensem akan dipantau dari semasa ke semasa..



THEN BERMULA LAH EPISOD PAPA N MAMA BERKAMPONG DI HOSPITAL
dua hari jugak la kami duduk wad tu.. mak dan adik aku dari perak pon datang jugakkk..opahnya haruslahh cucu pertama...riso bebeno.. di hospital badan dia kembali normal.. ubat demam sampai dua jnis doktor bg.
aku dan suami yang rasa nak demam..maklum lah khalish xnak baring kat bawah dan beribaaa sahaja..



seminggu juga aku tak masukk ofis..heee..sorry boss.. nak buek cmno anak den domam... terpaksa...











Monday, 18 February 2013

Short Trip to Cameron Highland Part II

hari kedua aku dan family ada di cameron.. disebabkan hotel ada berikan 6 breakfast voucher n kami berlapan.. aku berikan je voucher tu pada mak opah dan adik2 aku je.. aku dan suami byr asing..hihi.. menu breakfast di Rosa Passadena ni boleh la tahan.. walaupun xda banyak sangat pilihan seperti hotel-hotel 5 star ..hehe.. kitorang turun dalam pukul 8 macam tu.. sampai pukul 10..melepak je kat bawah tu.. 


si penyibuk ni pon nak breakfast juge.. hehe.. cuaca pagi ni memang sejuk... sampai berglove la dia

selesai breakfast kami semua bersiap2 untuk check out awl.. senang untuk kami melawat ke tempat lain yang xsempat kami lawati semalam.. selesai je check out.. kami plan nak ke pasar di berichang sebab opah masih nak beli teh n sayur2 lagi.. tapi malangnya cuaca hujan dan keadaan trafic agak sesak sebab polis menghalang pemandu-pemandu yang nak parking di tepi pasar tu..

parking dikawasan tu punyalah payah nak cari.. dengan sesaknya.. sudahnya mr.hubby turunkan opah dan mak dahulu sementara dia mencari parking.. hujan semakin lebat dan aku rasa xsesuai nak bawak khalish.. takot demam pulak dia nanti.. soo kami tunggu dalam kereta jeeelah nampaknya..  

dah settle di pasar.. kami terus plan nak ke gunung berinchang.. jalan untuk naik ke berinchang sangatlahh sempit dan muat2 untuk sebijik kereta sahaja...so sape yang pernah naik atas tu tahulah macam mana keadaan jalannya.. malangnya kami xnaik sampai atas..sebab keadaan hujan dan agak merbahaya.. smpai separuh jalan pon xpe lah...hehe janji merasaaa...

di bawah ni adalah beberapa keping gambar yang sempat aku ambik... sebelum kami balik ke sungai siput..




Tenang sangat2 kat atas ni.. rasa macam xnak balik...udara yang segar...

selesai disini kami pon dah xda nak kemana-mana terus balik je... terpaksa balik awal sebab selepas hantar mak balik ke rumah kami terpaksa bergerak balik ke kuala lumpur pulak...

sehingga bertemu lagi cameron Highland.. saya memang suggestkan pada sesiapa yang inginkan ketenangan bolehlah ke sini.. especially pada pasangan yang honeymoon.. heheh :)

Lift Rosak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Permulaan pagi selasa yang sangat mencabar bagi aku dan suami... seperti biasa aku dan suami akan hntr anak kami ke rumah pengasuh di dalam kes sungai besi... rumah pengasuh tu pulak di tingkat 14... 

selalunya aku yang akan anak ke atas sementara suami akan panaskan enjin motor.. sampai pintu lift nampak banyak air.. bila aku tekan2 xmenyala pulak.. aku tgok apasal ramai turun ikot tangga ni... sekali seorang akak tu cakap lift rosak dik..kena naik tangga!!!!!!!!! :( apa lagi... cari papa dia la... bagitau yang lift rosakk xkan aku yang kena memanjat sampai tingkat 14 tu kot.. kang ada yang pitam separuh jalan.. hihi..

nasib encik suami yang bawak naik..lama jugak aku tunggu dia nak turun.. fuhh.. kesian laki aku.. turun2 muka dah pucat lesi.. mau xpenatttt kauu.. cuba naik tingkat 3... tu pon dah semput.. inikan 14..

You are my HERO Darling.. heheheh..

masalahnya sekarang.,. nak balik nanti.. macam mana nak ambik khalish ni??? hurmm... mintak2 lift dah ok...

Short Trip to Cameron Highland




Rajin pulak aku nak bercerita sekarang ni..maklumlah jakun tu tak hilang lagi..hihiih.. masa awal bulan 2 itu hari...aku dan en.hubby mmg sudah plan nak balik kampong..maklumlah selpas hari arwah abah meninggal itu hr xbalik2 ke kampung lagi disebabkan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan dahulu... mak pon banyak kali telefon tanya bila nak balik..rindu pada cucunya le tu.. Pada yang tahu.. ye I AM OFFICIALY MUMMY!..hehehe.. dah 8 bulan pon umur anak bujang aku tu... di beri nama Muhammad Khalish Rayqal b. Rhaimie.. pendek je kan nama bapak dia.. 


Inilah budak bujang mummy.. papa panggil dia hensem..hensem la konon..

eh..dah meleret2 ke tempat lain pulak..sambung balik cerita tadi... disebabkan opah dah rindu bebeno kat cucu..kami suami isteri pon segera pulang bawak cucu kesayangan opahnya... gerak balik hari jumaat.. kebetulan jumaat tu cuti hari wilayah.. laki aku yang keje selangor pon diperintah bercuti oleh si isteri..hehhe..  dah balik kampung.. perasaan sedih masih ada... teringat arwah abah.. lain suasana bila abah xda.. mak pon dah xmcm dulu.. muka mak sugul je.. tapi aku tahu mak paksa diri untuk senyum juga... 

keesokan harinya..sabtu..aku dan suami mmg berniat nak bawak mak jalan2.. untuk tenangkan fikiran.. xplan lansung nak ke cameron.. tanpa fikir panjang.. bawak je mak ke cameron.. call adik2 aku dan sepupu nak tak ikot.. kalau sepupu aku pg boleh lah opah ikot skali..maklum lah..persona aku tuh mana lah muat nak angkut ramai2.. sekali dia on je... pukul 12 lebh gerak dari kampung... rumah aku ke cameron highland xjauh sgt... dalam 1 jam setengah dah sampai.. pada mulanya aku mmg xplan nak tido sana..tapi memikirkan bwk ramai2 ni..xkan nk rushing2 balik..kami pon buat plan redahhh je.. ada hotel ada la..xda lantak...hahahha..

mula2 sampai pitam nak cari kedai makan.. maklum lah..aku ni ingat2 lupa nak makan kat mana..dulu pg masa sekolah..kira ni first time aku pegi selepas waktu sekolah.last2 kami makan kat gerai mamak je... nama kedai pon aku dah lupa... xsempat nak tangkap gambor...sebabnya semua kelaparan..ye la..keluar rumah pon xmkan apa2... punya excited...

Inilah kawasan kedai makan kami..aku google je...hihi..

lepas makan.. masa tuh dah pukul 4 petang... kebyakan ladang dah tutup.. aku pon pening xtau nak bawak mak n rakyat lain ke mana... maklumlah plan redahhh je... last2.. ada satu kedai tepi jalan yang agak femesss  jugak la... sebab masa aku sekolah2 dulu... kedai ni yang paling ramai orang datang... heheh... mak aku n opah aku mmg gemor pokok2 ni..ate nya..berjam2 la lamanya deme smua kat dalam kedai ni.. kami yang lain apa lagi..ambik kesempatan bergambor je le.. sambil mencuci mata.


Hebat sangat anak mummy. takdak baju sejuk..sebab mmg panas sangat keadaan skrg ni..cameron xmcm dulu... rasa menitik peluh lagi ada..


inilah wajah-wajah kesayangan hamba... dari kiri: mak.kak ngah..adik bongsu..my luvly cousin tira n last sekali opah aku yang paling comel... hihihih..



tengok lah mat sengeh ni.


selesai sudah episod di kedai pokok ni... aku dan suami sibuk pulak mencari hotel pulak..kesian lak diorg datang penat2 xkan satu kedai je... masa kami datang dari arah berinchang ke tanah rata aku ada perasan satu hotel nama Green Garden hotel.. aku pon google la contact number then call la hotel tu untuk tanya bilik.. nasib ada bilik untuk 6-8 orang.. dengan hrga rm 220 satu malam.. bagi aku sangat lah ok....

then kami semua pon bergerak la ke hotel tu.. kesilapan besorrrr yang aku buat ialah.. xnk check bilik dulu sebelum bayor... part ni adalah part yang paling aku xleh lupa sekali.. dah selesai bayorr hrga bilik aku pon balik ke kereta bagitau encik hubby suruh parking then bawak barang.. msa ni anak aku dah mengamok..sebab cuaca cameron masa tu sangat panas dan berpeluh2 dia... anak den ni xtahan panas lansung! stresss.. ghupeeenya..bilik tu di tingkat 3.. Ya ALLAH... kesian tengok mak n opah mendaki tangga untuk ke tingkat 3 tuh... okkkk lagikk naik tangga..sampai je kebilik.. aku tengok bukak pintu terus katil dan xda ruang lansung untuk duduk2 kat bawah... toilet pulak luar dari bilik.. :(((((( tak habis dengan tu water hiter takdakkk pulak..air yang mcam ais nak mandikan anak aku..memang dia mengamokkk la...


Inilah hotelnyaaaa... tekanan aku dbuatnya..


PUNYALAHHH STRESSSSS SIKIT MASA NI!!!!

Aku dah xtunggu lama..turun bawah jumpa uncle tu balik then aku mintak dia pulangkan duit aku atas alasan water htter xdak... camna nak mandi.. nasib la uncle tu baik..dia pulangkan balik duit aku.. aku dengan pantas google hotel yang paling dekat n hrga mahal pon aku xkisah dah..sebab kesian dgn smua orang yang kepenatan mendaki tangga tadi... nasibbb la ada hotell berdekatan... ROSA PASSADENA.. aku tengok keadaan hotel pon ok


http://www.cameronhighland.my/HotelRosaPasedena.html

memandangkan kami ada 8 orang..aku ambik bilik yang 3 orang satu bilik dengan harga rm 250 semalam include breakfast.. xkisah dah dengan harga sebab sangat kepenatan ditambah dengan anak bujang den yang meragam... fuhh...lega betol...sampai hotel trus masing2 melandingkan diri... penat... mak pulak ada bawak bekal nasik dari rumah.. senang untuk kami makan malam xpyh cari kedai dah... lokasi hotel ni sangat best sebab berdekatan dengan smua tempat especially pasar malam.. kira inilah lokasi hotel yang strategik bagi aku... hihi.. kedai makan pon dekat tpi ramaiinya la makhluk Allah kat kedai tuh..penuhh!!..

aku cakap pada smua orang..lepas isyak baru kita pegi pasar malam untuk jalan2.. opah dah cakap awl2 nak tido di bilik je.. xlarat nak berjalan... hehe.. agaknya kepenatan mendaki tangga tu xhabis lagi.. 
selepas isyak kami semua keluar berjalan-jalan kat pasar malam.. lokasi hotel ni dengan tapak pasar malam pon xberapa nak jauh..  cuaca masa tu yang teramatlah sejukkk.. mengigil pulak rasanya... khalishh lah manusia paling suka sejuk..diam je dia dalam cuaca sejuk2 tu,.. hehehhe
nasib sempat lah beli topi dan sarung tangan dia.. sebelum ke pasar malam.. so xdalah sejuk sangat hero mama ni..



Suasana pasar malam situ sangat best... dalam cuaca yang sejuk... orang ramai.. so xda lah rasa serabut sangat..  kitorang pon shopping sakan la...especially sayur... boleh dapat 8 pek rm 10... so berpek2 lahhh kami beli.. sampai nak tercabut tangan menjinjing barang.... pasar malam tu rasanya tutup dalam pukul 12.. sebabnya kami pukul 11 lebih bru nak balik ke hotel..


Gambor ni aku google jee.. sebabnya xsempat laa nak menjinjing barang nya lagi.. nak bergambor bagai lagi...

Bawah ni ada beberapa koleksi gambor rakyat2 jelata di dalam bilik hotel... kami semua mmg pantang nampak camera!!.. titittiithiihihih






Selesai sudah episod pertama di cameron highland... laki aku pon dah sampai kat bawah dah... kang membebel 40jam tunggu aku lama.. dah la aku paksa dia ambik jugak hujan2 ni..hehhee... :)


Sunday, 17 February 2013

Perginya Seorang Insan Bergelar "Abah"

Assalamualaikum...

Nampak sangat aku ni Jakun berblog kan..heheh.. baru post Pasal Testing tadi.. Now dah ada Entri baru... xpe la kan..bila lagi nak memeriahkan Blog ni...

Hurm Bukan untuk mengenangkan tapi liyaaa nak bercerita apa yang terjadi pada bulan 12.2012 Tahun lepas.. Disaat ramai orang tak sabar menantikan ketibaan tahun baru.. Kami sekeluarga telah kehilangan seorang insan yang Kami gelar sebagai "ABAH"!!!.. Bagi kawan-kawan yg rapat dengan aku pasti tahu bahawa abah ialah bapa tiri kami adik beradik..sungguh pun bapa tiri... kami semua sudah anggap Abah seperti Bapa kandung kami sendiri memandangkan Bapa kami pon sudah meninggal dunia pada tahun 2011.. Tahun yang membuatkan aku jatuh tersungkur seketika...


Masih Ingat lagi 18/12/2012 (Selasa).. Masa tu aku baru balik kerja selepas dijemput oleh encik hubby... nasib haritu aku xnak bawak kereta... n en.hubby jemput naik moto je... selesai menjemput anak dirumah pengasuh..kami anak beranak pon xda plan lain...terus nak balik rumah je.. dalam kereta di dalam keadaan sesak lalul lintas... adik aku wani call mengatakan abah pengsan.. tiba2... sebenarnya minggu sebelum tu abah dah masuk hospital akibat heart attack pertama.. then bru sminggu lbih shj keluar wad.. waktu tu..aku tahu...Nada suara adik aku dah lain... adik aku kata mereka otw bawak abah ke hospital... dari telepon aku dapat dengar suara mak aku sedang mengajar abah mengucap.... masa tu.. aku seperti dapat rasakan.. perasaaan yang lain.. yang aku seperti xsempat bertemu dengannya... memohon keampunan atas segala silap yang aku lakukan.. 


aku hanya mampu tenangkan adik aku..supaya bawak abah segera ke hospital sungai siput.. selepas shj panggilan tu..aku terus msj boss bgtau esok terpaksa ambik Emergency leave.. n bgtau my hubby supaya bawak kereta cepat sikit..kita perlu segera balik kampung...sampai je di apartment kami... parking pon kat bawah tu je...xsempat nak pg park elok2.. berlari naik atas... sambar je apa yang perlu... dalam siap2 berkemas... ADIK CALL lagi!!.. Kali ni dah lain.. suara dah xtenang.. yang dengar...hanya tangisan esakan.. "Abah dah takda"............................................ terdiam terkedu.. tiba2 mak rampas telepon adik bercakap dengan aku.... mak menangis tersedu-sedu... bgtau.. "yana abah da takda" makk dah xdaaa abah... hurmm... masa tu...hanya Allah yang Tahu perasaan aku..rasa Dunia Gelap... sekejap sangat... yang mampu aku ucap pada mak "Bersabar mak...ana dah otw balik"


Masa tu..en.hubby pon dah nangis... kami berdua seperti tak keruan...lagi cepat pergerakan kami...terus kemas2 ambik apa yang sempat....Doktor sahkan abah meninggal pada 7.45pm.. perjalanan kami ambik masa 3jam juga..bercampur dengan trafic lagi...sampai kampong dalam 11 lebih... jumpa makk.. sugull sangat muka mak... xda ayat yang boleh ucap lagi melainkan Sabarlah Bonda... :(


Mak cakap abah kena serangan Jantung... sebab siang tu abah mencangkul.... abah beli pokok... abah kata nak tanam rumah opah.. tak sangka minat abah terhadap pokok dan bunga ni.. berakhir pada hari itu...
Abah... maaf tak sempat balik jumpa abah.,.. maaf... ana janji ana akan jaga mak sebaik mungkin...
Semoga Abah tenang disana... dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Al-Fatihah. 





Testing Testing Blog Baru

ASSALAMUALAIKUM!


Percubaan membuat blog baru!!!!!!! ngeee aku rasa masok kali ni dah kali ke 3 aku buat blog... blog sebelum ni dah lupa apa ke nama email nya... ni blog baru lagikk!! mula2 idok le minat beno nak buat blog..tapi jeles tgok adik aku yang bru umur 17 pon dah pandai buat blog,..akak nya yang buta IT ni baru terkedek2 nak buat.. ngeeehh ngeehhh ngehh... zaman sekarang ni... budak-budak kecik semua dah hebat berinternet..aku dulu nak ON komputer kat celah mana pon xgheti!!.. maklum lah hidup pon dengan atok n opah.. TV pon kalau nak tgok kena ketukkkk dulu baru ON!!! hahaha... Oklah! cukup lah bagi ayat testing di Blog masammasammaniss aku ni :) :)

Eccececceece..Terosss nak tayang mukaaa :) hehehhehe